Program Platinum Dr. Azizan Osman



Program TLM Akan Datang...


   Lokasi Akan Dimaklumkan


   2018

TOTAL LEADERSHIP MASTERY

Pemimpin yang sebenar adalah seorang yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain supaya mereka menjadi lebih baik dari apa yang mereka ada sekarang. Pemimpin yang bagus dapat mencungkil kemampuan luar biasa orang yang dipimpin dan mampu menjadikan mereka mempraktikkan kemampuan mereka dalam urusan seharian.

Pemimpin menginspirasikan orang sekitarnya untuk melakukan yang terbaik, memberi dengan lebih banyak dan menjadi lebih luar biasa dari apa yang mereka fikirkan serta melahirkan lebih banyak pemimpin. Bila berhadapan dengan halangan, pemimpin mampu mengubahnya menjadi satu peluang untuk mencabar kemampuan sendiri.

Anda juga pasti mahu mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk bercakap di atas pentas dan memukau orang ramai dengan ilmu, pengalaman dan kisah kejayaan anda. Pada satu tahap, anda juga pasti ingin mampu mempengaruhi para penonton dengan kebolehan anda dari atas pentas.

Dengan ilmu dan pengalaman anda serta kebolehan anda mempersembahkan ilmu dan pengalaman dari atas pentas serta menjadi inspirasi kepada orang lain, pasti impian anda akan jadi lengkap.

Namun, pernahkah anda hadapi situasi begini:

Anda tahu anda boleh memimpin, namun anda tidak mampu keluar dari halangan yang menyekat diri anda untuk menjadi pemimpin terbaik.

Anda mampu berubah menjadi positif namun ianya tidak kekal lama, anda mudah sabotaj diri sendiri.

Rasa kecewa kerana anda mampu mengubah diri sendiri namun gagal mengubah orang yang anda sayang dan mereka yang di sekitar anda.

Anda selalu memikirkan kenapa anda tidak boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat dengan diri serta kehidupan anda.

SEDARKAH ANDA, FAKTOR-FAKTOR INILAH YANG MENGHALANG ANDA UNTUK MENJADI INDIVIDU YANG MAMPU MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA RAMAI ORANG.


“Jika Anda Mahu Jadi Jutawan, Bantu Berjuta Orang”

– Dr Azizan Osman -

ANDA MAHU BANTU LEBIH RAMAI ORANG,
TETAPI
ANDA TIDAK BERANI DAN TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK LAKUKANNYA?

Apa yang akan dipelajari di TLM

 

#1
Kunci dan Strategi Kepimpinan

Memahami Kualiti Utama Menjadi Pemimpin Yang Effektif melalui amalan ke atas diri sendiri dan ke atas organisasi supaya dapat mengembangkan syarikat dengan lebih pantas.

#2
Bagaimana Cara Berfikir Seorang Usahawan

Cara untuk belajar dan berfikir lebih cepat dan kemahiran yang diperlukan supaya dapat mendahului pesaing dan anda boleh menjadi ‘Industry Leader”.

#3
Bagaimana Cara Pimpinan Seorang Pemimpin Yang Hebat

Bagaimana menjadi pemimpin yang fleksibel dalam menangani pasukan yang terdiri dari pelbagai latarbelakang yang berbeza. Dan, kemampuan untuk mendapatkan hasil yang paling baik dari semua pasukan.

#4
Kemahiran Dalam Membina Pasukan

Bagaimana seorang pemimpin dapat membina pasukan yang betul dengan cepat, melatih mereka menjadi yang terbaik dan menjadikan mereka mampu bertindak seperti yang diperlukan. Bagaimana untuk membina ‘key person’ yang bantu menjadi pelapis anda.

#5
Skil Untuk Menyelesaikan Masalah

Memahami dan menilai setiap masalah dan mencari jalan penyelesaian dengan efektif. Bagaimana mengawal emosi dan reaksi serta kekecewaan dengan menggunakan pendekatan terbaik.

#6
Bagaimana Mengendalikan Mesyuarat Atau Perjumpaan Dengan Cara Terbaik

Cara mengendalikan mesyuarat atau perjumpaan dengan betul sehingga berjaya mendapatkan hasil yang terbaik. Pelajari cara untuk mencapai keputusan dan hasil yang berkualiti dari mesyuarat.

#7
Teknik Memotivasikan Team Dan Meningkatkan Pencapaian Pasukan

Membina kemampuan untuk memotivasikan team secara berterusan. Membina persekitaran dan method yang sentiasa memberi inspirasi kepada kakitangan dan pasukan.

#8
Coaching & Counselling

Bagaimana menjalankan tanggungjawab sebagai coach dan memberi counselling kepada pasukan. Pelajari teknik-tekniknya serta persediaan untuk melakukan coaching dan sesi kaunseling.

#9
Bagaimana Untuk Menghadapi Perubahan

Penting untuk pemimpin bersedia untuk menghadapi perubahan yang sangat kerap berlaku dan bagaimana untuk mengemudikan pasukan untuk berdepan serta menyesuaikan diri dengan perubahan dalam tempoh yang cepat.

TOTAL LEADERSHIP MASTERY

Total Leadership Mastery (TLM) Certification adalah satu peluang eksklusif untuk anda insan hebat untuk memberi komitmen yang tinggi untuk menjadi lebih luar biasa dalam skala yang lebih besar dan pada tahap yang lebih tinggi. Anda akan dilatih untuk menjadi seorang pakar dalam bidang kepimpinan yang mampu membawa perubahan positif secara berkekalan.

Jika anda berimpian untuk memipin pasukan anda, memberi inspirasi dan berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang dan mampu membawa perubahan yang besar kepada orang lain di sekeliling anda dengan kata-kata, persembahan dan sikap anda, ini adalah masanya untuk anda mencapai cita-cita.

PROGRAM ini DIKENDALIKAN OLEH

Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Platinum

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami atau boleh masukkan maklumat dan keterangan pertanyaan pada ruangan kosong.

016-261 4450

platinum@richworks.com.my

Wisma Richworks, No. 77, Jalan Badminton 13/29,
 Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
  Selangor.

Kami akan bantu anda

Hakcipta Terpelihara © 2016 | Richworks International Sdn. Bhd. (909099-W)