Program Platinum Dr. Azizan Osman

Program MYB Akan Datang...




 2018


 lokasi akan dimaklumkan, shah alam.

MASTER YOUR BUSINESS

Program Master Your Business (MYB) telah direka khas untuk membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan pada tahap yang lebih baik dan bukan sekadar menjual dan memasarkannya sahaja. Apa yang selalunya berlaku ialah, selepas peniaga tahu cara untuk memasarkan perniagaan selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), perniagaan mereka mula menjadi sangat sibuk, mula susah untuk diuruskan, dan mula berlaku banyak masalah kerana peniaga tidak mampu lagi menguruskannya seorang diri.

Adakah anda sedang alami masalah-masalah ini:

  • Anda berniaga seorang diri, anda yang menguruskan stok, pemasaran, pembungkusan, penghantaran, menjaga jualan dan kewangan sehingga anda rasa penat berniaga.

  • Anda tidak tahu dengan jelas jumlah jualan, jumlah perbelanjaan dan keuntungan yang anda perolehi.

  • Anda tidak pasti samada stok yang anda ada cukup, perlu ditambah lagi, produk mana yang banyak permintaan, atau dengan kata lain anda tak tahu apa yang berlaku kepada stok perniagaan anda.

  • Anda tak tahu kemana perginya aliran tunai dan keuntungan anda.

  • Anda mempunyai masalah dengan kakitangan. Ada yang tidak ada kerja ada yang terlampau banyak kerja dan berbagai isu lagi.

  • Anda tak boleh tangani dan menguruskan permasaran dan permintaan.

  • Anda tak pasti sejauh mana lagi anda dapat bertahan dengan perniagaan anda yang seolah-olah banyak sangat masalah pengurusan.

  • Anda penat menguruskan perniagaan anda, dan sudah tidak rasa seronok lagi menguruskannya.

  • Anda rasa kehidupan anda makin teruk semenjak menjalankan perniagaan, tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Jika ya, ini bermakna anda sedang berada ‘di dalam’ perniagaan anda sehingga anda tidak nampak dengan jelas apa yang anda hendak buat dengan perniagaan anda itu. Ini juga bermakna perniagaan anda tidak ada sistem sepenuhnya. Anda menjalankan perniagaan dari sehari ke sehari. Tanpa matlamat dan sistem.

Perniagaan sebegini sukar untuk berkembang dalam jangka panjang. Ianya juga mudah untuk tumbang. Ianya diibaratkan seperti sebuah bangunan tanpa asas atau “piling’ yang kukuh. Tiang-tiangnya mungkin tidak kuat dan tidak terbina dengan baik.

Mahukah anda membina perniagaan yang sebegini?

TINGKATKAN PERNIAGAAN ANDA KE TAHAP SETERUSNYA

Dengan ilmu Master Your Business, anda akan faham apa yang ramai Business Leaders dan Jutawan Industri lakukan untuk menguasai sesuatu pasaran yang ramai orang tidak lakukan.

Dengan ilmu kuasa pemasaran bertaraf dunia, strategi perniagaan yang konsisten, berterusan dan strategik, anda akan tahu bagaimana untuk perniagaan anda hidup, bukan hanya bertahan dalam mana-mana ekonomi.


TRANSFORMASI PERNIAGAAN ANDA DENGAN PROGRAM MASTER YOUR BUSINESS

Mentor Dr Azizan Osman telah membantu beribu-ribu perniagaan berkembang dengan strategi-strategi Penguasaan Perniagaan yang paling menyeluruh dan eksklusif.

Tapi, sudahkah anda bersedia untuk pertumbuhan perniagaan anda melebihi 300% dalam tempoh 12 bulan yang akan datang? Masanya sudah tiba untuk anda meningkatkan dan memiliki kejayaan perniagaan anda dengan program intensif 5 hari dan 4 malam.

Pelajari cara menguasai perniagaan anda dengan strategi dan psikologi untuk berkembang maju hingga ke peringkat antarabangsa dan di mana-mana pasaran ekonomi sahaja. Kuasai pasaran anda secara besar-besaran dan luaskan aliran tunai anda.

Pelajari cara mengekalkan dan memberi inspirasi kepada pasukan yang luar biasa dengan mempelajari dari budaya kerja syarikat-syarikat yang terbaik. Di Master Your Business anda akan melihat di mana perniagaan anda sekarang dan ke mana anda mahu tuju dan anda akan membuat peta untuk mencapai kejayaan perniagaan anda.

Apa yang akan dipelajari

 

#1

Bagaimana menjadi pemimpin yang baik.

#2

Bagaimana menawarkan produk atau perkhidmatan yang baik.

#3

Bagaimana membina perancangan perniagaan untuk jangka masa panjang.

#4

Bagaimana membina perancangan pemasaran yang sesuai untuk anda.

#5

Bagaimana membina perniagaan yang bersistem.

#6

Apa yang diperlukan untuk membina pasukan yang hebat.

#7

Bagaimana menjadi peniaga yang hebat.

#8

Bagaimana membina hubungan yang baik dengan pelanggan.

#9

Bagaimana mewujudkan pentadbiran perniagaan dan kewangan yang bersistematik.

#10

Apa yang diperlukan untuk membina perniagaan untuk jangka masa panjang.

Kunci membina perniagaan yang bagus adalah bagaimana anda merubah pengurusan perniagaan anda daripada anda perlu “bekerja’ menjadi hamba kepada perniagaan anda sendiri dipanggil sebagai “work-in-the-business” atau sebenarnya anda mampu merubahnya menjadi pengurusan bersistem yang dipanggil sebagai “work-on-the-business”.

Program MYB Sebelum Ini

Kehadiran Peserta MYB Mengikut Tahun


2013

191 orang

2014

331 orang

2015

189 orang

2016

KISAH KEJAYAAN PESERTA PROGRAM MYB





Saya mula berniaga hanya dengan jual ayam. Saya yang tangkap ayam, sembelih, proses ayam dan jual sendiri. Semua pun saya buat sendiri. Tanpa ilmu dari Richworks, saya mungkin masih ‘struggle’ dengan bisnes ayam saya. Alhamdulillah, ilmu dari Program Master Your Business bantu saya kembangkan perniagaan saya. Kalau dulu saya hanya berniaga di pasar tani tapi sekarang saya dah ada permintaan dari restoran di sekitar Johor. Ini semua kerana saya dah tahu betapa pentingnya sistem dalam perniagaan. Saya dah tahu kenapa saya perlu ‘delegate’ kerja-kerja dalam bisnes saya.

Ramai orang hairan kenapa saya berniaga ayam. Saya ingat pesan Dr Azizan, mulakan dengan apa yang ada di tangan dan ketika itu saya hanya nampak ayam. Dan dengan perniagaan yang dah ada sistem, saya ada lebih banyak masa sehinggakan saya boleh jaga ibu bapa saya sebaiknya bila mereka memerlukan saya. Kini, saya dah ada masa dan saya mampu buat jualan sehingga 6 angka sebulan.


Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim

- Pemilik Kalimah Fresh Meat -



Produk Kacang Sedap lahir selepas program Mater Your Business (MYB). Saya tekad untuk memulakan bisnes kacang walau ramai yang memperlekehkan saya. “Alaaaa kacang je.. laku sekejap je…“. Inilah antara respon yang saya terima. Namun saya tekad untuk teruskan idea ini. Di dalam Program MYB, saya rasa sentap, duit banyak masuk tetapi saya tak tahu bagaimana nak membiakkannya.

Bermula hanya dengan bisnes dari rumah, saya kini telah mempunyai lebih 9 pengedar negeri dengan pengeluaran lebih 70,000 balang dan jualan sehingga enam angka sebulan.


Mawarni Namli

- Pengasas Wany’s Snacks -



Dulu saya selalu kidnap orang gaji mak saya untuk bantu saya di restoran. Kadang-kadang mak saya pun saya minta datang tolong saya memasak di restoran. Sayalah yang buat air, yang pergi pasar borong. Susah saya nak percaya pada orang lain.

Saya tak tahu pengurusan perniagaan dengan betul dan saya tak percaya bisnes jalanan seperti ini boleh berkembang. Tetapi selepas hadir ke Program Master Your Business (MYB), saya mula belajar untuk ambil pekerja dan juga menguruskan organisasi. Bila kita dah ada pekerja, perniagaan restoran saya mula berkembang dengan cepat kepada perkhidmatan katering.

Dengan pengurusan yang betul, sekarang saya boleh ceburi bidang perniagaan lain seperti pelaburan dan hartanah. Semua ini saya boleh buat dengan ilmu berniaga dengan sistem yang betul. Kalau dulu hanya setakat RM100 sehari, kini kami boleh dapat sehingga beratus ribu sebulan. Alhamdulillah.


Mohd Arif Abdullah Bin Azman

- Pengurus Restoran Asam Pedas Puchong -

PROGRAM ini DIKENDALIKAN OLEH

Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Platinum

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami atau boleh masukkan maklumat dan keterangan pertanyaan pada ruangan kosong.

016-261 4450

platinum@richworks.com.my

Wisma Richworks, No. 77, Jalan Badminton 13/29,
 Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
  Selangor.

Kami akan bantu anda

Hakcipta Terpelihara © 2016 | Richworks International Sdn. Bhd. (909099-W)